expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 5 July 2014

Moga Jodoh Kita Berpanjangan~

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam..
Syukur padaMu Ya Allah..
atas nikmat kurniaanMu..

waktu itu aku sedang melakukan pembentangan untuk Projek Tahun Akhirku (viva)..
selepas VIVA aku terus check handphoneku..ada satu sms yg masuk.
mesej dari kakak senior yakni org tengah ku..

smsnya begini "enti ada di mana? bersedia utk slot taaruf?" Allah..aku terdiam seketika..
slot taaruf adalah slot di mana muslimin dan muslimat mengenalkan latar belakang diri dan keluarga masing2..yakni dgn tujuan sebelum berbaitulmuslim..pada masa slot itu, ada seorang ustaz dan ustazah yang mengendalikan..2 orang lagi dari unit baitulmuslim..dan seorang sahabat bagi muslimin dan muslimat itu..


tiba2 rasa malu menjengah..aku tidak pernah bercakap face to face dgn muslimin itu..no phonenya juga aku tiada..dan aku rasa dia juga tiada no phoneku..

aku gagahkan hati utk berkata "ya, ana bersedia utk taaruf"

menunggu saat tiba utk taaruf, aku terasa sangat berdebar..malu + segan..semuanya bercampur..

akhirnya, hari itu tiba..

aku dan muslimat yg lain tiba agak lewat..dia dan muslimin lain serta ustaz dan ustazah telah tiba..

slot taaruf pun bermula..Allah..semasa dia memperkenalkan diri dan latar belakang keluarganya..aku hanya mampu tunduk..aku malu utk melihat wajahnya..sungguh,aku malu.

tiba utk turn aku pula, Allah..hanya Allah yg tahu tika itu..malu yg teramat. ku rasa suara ku seperti tidak terkeluar..namun, ku gagahkan jua hati utk bercakap..



selepas itu, muslimin itu diminta menunggu di luar rumah..pada masa ini, sahabat pada muslimin itu menceritakan akan peribadi muslimin itu..Allah..aku rasa malu. dia seorang lelaki yg baik agamanya..seorang yg selalu berjemaah di surau hostel..Allah..tidak layak rasanya diriku utk dia..

kata sahabat muslimin itu lagi  "dia seorang yg penyayang dan penyabar..".sebenarnya, itulah ciri2 yang aku idamkan..alhamdulillah..



pesan terakhir ustaz setelah slot taaruf itu " kalian belum bertunang secara syariat lagi, status kalian sekarang "single but not available".. lalu ustaz bertanya kepadaku "berapa lama masa yg enti perlukan utk fikir + istikarah sebelum taaruf ke-2?" aku hanya menjawab "terpulang kepada muslimin itu, ana ikut ja"

pabila Ustaz bertnya kepada dia " berapa lama masa yg enta perlukan " dia menjawab " ana setuju serta merta" aduh, malu rasanya..sahabat2 muslimin mengusiknya " sabar2..istikarah dulu.."

apa yang aku harapkan, moga jodoh ini berpanjangan..kerana sesungguhnya hanya Allah yg tahu apa yg bakal terjadi..sedang kita tidak tahu..

wahai bakal imamku, "aku tidak sebaik yang engkau sangkakan, tapi aku akan berusaha utk menjadi hamba Allah yg beriman dan  bertakwa, anak yg solehah buat kedua-dua ibu bapaku dahulu..sebelum aku menjadi isterimu, insyaAllah"

kepadaMu, aku serahkan urusan ini..peliharalah hubungan ini Ya Allah..moga sentiasa dalam keberkatan dan keredhaanMu~ alhamdulilah, terima kasih Ya Allah..



to be continued~