expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, 23 August 2013

Ini Jalanku..akan kutempuh seteguh mampu! insyaAllah~

Latihan Industri~
Bismillah~

alhamdulillah..syukur pada Allah... di sini Dia mempertemukan aku dengan insan2 yang mulia akhlaknya, yang banyak membantu aku , mengajar aku. alhamdulillah terima kasih ya Allah .. ^^ 

bicaranya tersusun rapi, itulah Kak Wa, Pegawai Sains di sana. Melayan aku dan rakanku bagaikan adik kandungnya sendiri. dan baru mendapat khabar Kak Wa hamil sebulan, alhamdulillah tahniah Kak Wa! nanti bolehlah saya datang melawat baby Kak Wa, insyaAllah ^^ .Patutlah wajah kak Wa berseri-seri. hihi.. Kak Julie, Penolong Pengarah di sana, senyuman sentiasa terukir di bibirnya.. Allah.. betapa aku bersyukur dengan pertemuan ini. alhamdulillah. Pn Che Nin, Timb. Pengarah di sana, di mana aku  di bawah seliaannya dalam mengendalikan projeknya. huh! tegas orangnya..namun ada sifat keibuan yang tersembunyi dalam diri beliau, aku dapat merasai ^^ aku kagum dengan insan2 ini. kak Julie super duper senior dalam bidangku juge, dulunya merupakan siswi di kampusku. aku ingin menjejaki langkah seperti kak Julie.. Ya Allah izinkan hambaMu merasainya..aamiin..Pn Che Nin, graduan dari UM dalam bidang yang sama denganku, Allah.. aku terinspirasi dengan mereka! aku ingin menjadi seperti mereka juge..aamiin..


di makmal, En Azhar orang kuatnya. ceria orangnya. banyak membantu kami dalam menghandle apparatus. dan maaf En Azhar.. kami meninggalkan 'kenangan' pada makmal En Azhar. >.<  Rotavapor yang sumbing itu kerana aku, ph meter yang rosak dek rakanku. anggaplah itu kenangan dari kami.huhuu.. ayat beliau yang selalu beliau katakan ' ha..potong markah'.

 apparatus yang tidak sengaja aku sumbingkan, macam periuk nasi pun ada.. ^^


hari raya ke-5 aku sudah mula masuk bertugas, sedang rakan2ku yang lain masih bercuti. terasa berat kaki meninggalkan kampung dan keluarga. namun, ku gagahkan juga hati ini. aku tak boleh lemah! aku perlu kuat! namun, dalam hati ini hanya Allah yang tahu. >.<

dan Mak Cik Jannah, manis orangnya. Beliau bertanggungjawab membersihkan kawasan di sana. haritu Mak Cik Jannah sempat menunjukkan gambar 2 orang cucunya kepadaku. memang comel~ ^^ tok mi panggilan cucunya buat Mak Cik Jannah..comel sungguh..hihii

seminggu lagi sebelum tamat, sedih pula rasa, tapi perasaan tidak sabar untuk pulang ke kampung bertemu ibu ayah tercinta juga bercampur..macam mano tu ;)

Rabbi Yassir Wala Tu 'Assir~ next> presentation di hadapan Pengarah >.< doakan ana~~ 

 insyaAllah boleh! bismillah~

Thursday, 15 August 2013

Kisah Hijrahku



       Satu sms diterima. aku membukanya. 'Tahniah! anda telah berjaya ditempatkan di universiti kami' hanya Allah yang tahu perasaan aku tika itu.gembira bercampur sebak.  'ibu! ibu!' laungku..lantas aku terus memeluk ibu.. 'ibu..along dapat universiti yang along nak bu..dan kursus yang along idamkan..alhamdulillah bu..' ku tahan air mata yang bagaikan meronta-ronta ingin jatuh ke bumi..aku kemudiannya terus menelefon ayahku yang bekerja tika itu. dialog yang hampir sama ku bicarakan pada ayah tercinta. tergambar kegembiraan pada nada suara ayahku. 'hadiah untuk ayah..' bisik hatiku.

hari demi hari berlalu. aku mulai berfikir. aku bakal melangkah ke alam kampus yang jauh nun di utara.Tanpa keluarga di sisi mampukah aku memelihara jati diriku? Persoalan itu merungsingkan aku. kerna aku sedar aku hanyalah gadis kampung. berbekalkan iman yang tipis mampukah aku mengharungi liku-liku kehidupan di sana nanti?

'CULTURE SHOCK' .aku tidak mahu ia terjadi pada diriku.

ku nyatakan pada ibu tercinta apa yang terbuku di hati. 'ibu, ibu doakan along ye..moga2 along dapat roommate yang boleh bimbing along dalam agama.along teringin sangat nak belajar agama bu.. kalau tak dapat roommate sebegitu, ibu doakan along tak terpengaruh dengan anasir-anasir negatif ye bu..' 

di dalam doaku usai solat, aku berdoa pada Allah moga Allah memakbulkan hasrat hati yang ku luahkan pada ibuku itu.

5 September 2011.
 hari bersejarah itu tiba. aku sudah menjejakkan kaki di menara ilmu itu. bersama keluargaku yang datang menghantarku.

aku terkedu. berkat doa ibu..Allah memakbulkan. aku mendapat roommate yang sungguh solehah. tudung labuh melitupi tubuhnya, bicaranya halus sekali. sungguh, hanya Allah yang tahu perasaan aku tika itu. aku sebak. Aina namanya. berbeza sungguh aku dengan dirinya, auratnya sungguh terjaga, sedangkan aku masih belum sempurna.

di sini KEMBARA HATI MENUJU ILAHI bermula~

kisah hijrahku bermula di sini kerana aku bukanlah lepasan sekolah agama. aku hanya bersekolah di sekolah menengah harian biasa.

aku melihat Aina di daun pintu. tika itu maghrib hampir menjelma. 'Aina nak pergi mana?' tanyaku. Aina seperti segan untuk menjawab, 'Aina nak pergi surau', balasnya perlahan. 'nak ikut!' kataku. 'ok, Aina tunggu..' balas Aina.

aku mula 'mengenali surau'. berjemaah bersama. mendengar tazkirah. sungguh, hatiku sebak mendengar bait-bait kata kakak senior yang menyampaikan tazkirah itu.

kata- kata yang aku ingat sampai sekarang ' Bersyukurlah Allah menjentik hati kita untuk berubah..sahutlah.. takut-takut Allah tidak mahu menjentik hati kita lagi'.

di bilik, Aina menjadi imam, aku pula menjadi makmum. sungguh, hanya Allah yang tahu perasaan aku tika itu. aku sebak.

suatu pagi, aku terlihat ada sebuah Al-Quran terjemahan di atas meja belajarku. aku membukanya. Allah..dari Aina rupanya. di hujung halaman Al-Quran ada tulisan dari Aina. Aku  membacanya.
'Jangan takut untuk berhijrah(berubah).InsyaAllah kalau ada niat yang baik, Dia pasti akan permudahkan. Bersangka baiklah pada Allah kernaDia berada di atas sangkaan hamba-hambaNya. Bertaubatlah dan kembalilah kepadaNya kerna rahmat dan sifat pengampunanNya lebih besar dari kemurkaanNya.Yakinlah Allah sentiasa menanti hambaNya dengan penuh cinta'

berguguran air mataku kala aku membaca coretan itu. sebelum itu, aku pernah mengatakan pada Aina bahawa aku ingin berubah, aku ingin belajar agama. sungguh, aku jahil tika itu. aku malu dengan diriku.

dan aku mula mengenali usrah kemudiannya. usrahku dipimpin oleh seorang kakak senior. solehah orangnya, lembut bicaranya. kata-katanya menyentuh kalbu, mengusik jiwa dalam membuah cinta pada Sang Pencipta. dari situ, aku teruskan KEMBARA HATI MENUJU ILAHI~ 

2013~ 2 tahun dalam KEMBARA HATI MENUJU ILAHI~

alhamdulillah.. syukur pada Allah.. mudah-mudahan aku mampu istiqamah. dalam aku mengajar diri erti SOLEHAH, masih jauh. walaupun payah, akan kuharungi jua Ya Allah! demi redhaMu. Allah bimbinglah aku yang lemah ini. kekalkan rasa cintaMu di dalam hati ini Ya Allah. jauhkan aku dari cinta yang sia-sia.. Allah..

wahai insan yang dirahmati Allah..jika benar ingin berubah, pohonlah padaNya! Dia akan tunjukkan jalan-jalannya.yakinlah Dia pasti akan bantu..kerana Allah itu Maha Mengasihi lagi Maha Menyayangi..
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila Dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran"
(Al Baqarah : 186)

wallahualam~ 














Assalamualaikum.
Ana, seorang insan yang baru ingin berjinak-jinak dalam dunia blogger ini. Hamba Allah yang ingin mencoret secebis pengalaman kehidupan. Pesan Rasulullah saw yang dirindui, 'Sampaikanlah dariku sepotong ayat'. Dengan izinNya, ana ingin menyahut pesanan insan teragung ini. Moga redha Allah mengiringi dalam setiap coretan. aamiin.. menjadi saksi di suatu alam yang bakal dan pasti kita tempuhi,Alam Akhirat~ Dengan lafaz bismilah, Kembara Hati Menuju Ilahi bermula~ 

Moga mendapat support dari kawan-kawan sekalian. Salam Perkenalan ^_^