Latihan Industri~
Bismillah~
alhamdulillah..syukur pada Allah... di sini Dia mempertemukan aku dengan insan2 yang mulia akhlaknya, yang banyak membantu aku , mengajar aku. alhamdulillah terima kasih ya Allah .. ^^
bicaranya tersusun rapi, itulah Kak Wa, Pegawai Sains di sana. Melayan aku dan rakanku bagaikan adik kandungnya sendiri. dan baru mendapat khabar Kak Wa hamil sebulan, alhamdulillah tahniah Kak Wa! nanti bolehlah saya datang melawat baby Kak Wa, insyaAllah ^^ .Patutlah wajah kak Wa berseri-seri. hihi.. Kak Julie, Penolong Pengarah di sana, senyuman sentiasa terukir di bibirnya.. Allah.. betapa aku bersyukur dengan pertemuan ini. alhamdulillah. Pn Che Nin, Timb. Pengarah di sana, di mana aku di bawah seliaannya dalam mengendalikan projeknya. huh! tegas orangnya..namun ada sifat keibuan yang tersembunyi dalam diri beliau, aku dapat merasai ^^ aku kagum dengan insan2 ini. kak Julie super duper senior dalam bidangku juge, dulunya merupakan siswi di kampusku. aku ingin menjejaki langkah seperti kak Julie.. Ya Allah izinkan hambaMu merasainya..aamiin..Pn Che Nin, graduan dari UM dalam bidang yang sama denganku, Allah.. aku terinspirasi dengan mereka! aku ingin menjadi seperti mereka juge..aamiin..
di makmal, En Azhar orang kuatnya. ceria orangnya. banyak membantu kami dalam menghandle apparatus. dan maaf En Azhar.. kami meninggalkan 'kenangan' pada makmal En Azhar. >.< Rotavapor yang sumbing itu kerana aku, ph meter yang rosak dek rakanku. anggaplah itu kenangan dari kami.huhuu.. ayat beliau yang selalu beliau katakan ' ha..potong markah'.
apparatus yang tidak sengaja aku sumbingkan, macam periuk nasi pun ada.. ^^
hari raya ke-5 aku sudah mula masuk bertugas, sedang rakan2ku yang lain masih bercuti. terasa berat kaki meninggalkan kampung dan keluarga. namun, ku gagahkan juga hati ini. aku tak boleh lemah! aku perlu kuat! namun, dalam hati ini hanya Allah yang tahu. >.<
dan Mak Cik Jannah, manis orangnya. Beliau bertanggungjawab membersihkan kawasan di sana. haritu Mak Cik Jannah sempat menunjukkan gambar 2 orang cucunya kepadaku. memang comel~ ^^ tok mi panggilan cucunya buat Mak Cik Jannah..comel sungguh..hihii
seminggu lagi sebelum tamat, sedih pula rasa, tapi perasaan tidak sabar untuk pulang ke kampung bertemu ibu ayah tercinta juga bercampur..macam mano tu ;)
Rabbi Yassir Wala Tu 'Assir~ next> presentation di hadapan Pengarah >.< doakan ana~~
insyaAllah boleh! bismillah~
No comments:
Post a Comment