Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
"Best kan kalau dah kahwin.." kata seorang perempuan di meja sebelahku. Tika itu aku berada di cafe untuk makan tengahari.
Lantas kawan nya menyambung.. " kan..boleh berdua tak lah sunyi.."
aku tersenyum. namun senyum dalam hati aja.. ^_~ takut terasa hati pula kalau mereka melihat aku tersenyum.
"moga dipermudahkan urusan kalian berdua dengan cara yang Allah redha.."
bisikku di dalam hati.
Fitrah manusia..ingin dicintai dan mencintai. Allah jua yang menciptakan.
bisikku di dalam hati.
Fitrah manusia..ingin dicintai dan mencintai. Allah jua yang menciptakan.
dalam hidup..matlamat hakiki kita sebagai individu muslim ialah mencari redha Allah..
dan apa jua yang kita lakukan sama-sama kita perbetul niat..kata pada diri, pesan pada hati.. "Aku ingin redhaMu ya Allah..pimpin aku"
begitu juga dengan matlamat sebuah perkahwinan.. iaitu mencari redha Allah.
bersama-sama dalam menuju cintaNya..
jika dulu solat bersendirian,sekarang berjemaah bersama..
jika dulu bangun tahajud bersendirian, sekarang bertahajud bersama..
itulah hikmah perkahwinan bagiku.
dalam membina ummah Nabi Muhammad.
hawa..
jika dirimu tidak pernah merasai cinta dari seorang lelaki..
sungguh, kau sangat bertuah..
Allah memeliharamu dari cinta yang tidak halal.
Allah menyayangimu..
bersyukurlah..
kerna kau mawar yang terpelihara..
hawa..
jika sebelum ini kau pernah bercinta..
namun tidak pernah kau mengizinkan dirimu..
dari keluar berdua bersamanya..
kau bukan mawar yang busuk hawa..
kau masih mawar terpelihara..
yakinlah..
kerna kau jahil tika itu....
kerna kau tiada kefahaman tika itu..
belajar untuk memaafkan diri..
yang berlalu biarkanlah..
bertaubatlah..
No comments:
Post a Comment