Pejam celik pejam celik hampir 3 tahun aku di bumi Penang..kisah suka, kisah duka yang aku lalui..banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar..
di sini Allah mengizinkan aku bertemu dengan insan-insan yang solehah..
di sini aku mula belajar betapa indahnya cinta Allah..alhamdulillah..syukur pada Dia Tuhan Yang Satu..
namun, seringkali juga aku tersungkur.. ujian yang sama Allah hadirkan..namun, aku gagal buat kali ke-2..ampunkan aku Ya Tuhan..aku sudah cuba sedaya upaya, meletakkan Engkau yang pertama..
astagfirullah..menitis air mataku..
diri ini terlalu hina..aku pendosa :'(
bila rasa itu hadir buat insan lain..air mataku berderai laju..sungguh, aku takut akan perkara yang sia-sia.. aku tak mahu perasaan itu wujud sedangkan dia belum pasti menjadi milikku..aku pendamkan biar hanya Allah yang tahu..kerana agama yang ada padamu..itu yg utama. dia pernah datang kepadaku dengan cara yang Allah redha..namun, aku buta..kerana insan yang lama, aku menolak..baru sekarang aku sedar..aku tersilap..maafkan aku sahabat seperjuangan..
No comments:
Post a Comment